Masa berlalu begitu pantas dan kini PMS terus berusaha melahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Bukan sedikit tenaga yang dicurahkan oleh para akademia untuk melahirkan modal insan berkualiti, berdaya saing dan mempunyai nilai tambah yang tinggi agar boleh menyumbang kepada pembangunan negara serta keperluan pasaran kerja semasa.
Program Minggu Transformasi Siswa yang sedang dilalui secara atas talian merupakan satu norma baharu kepada para pelajar sekelian. Ini adalah selaras dengan kehendak KPT menerusi fasa 2 Pelan Pemulihan Negara yang mana kampus tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
PMS juga berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pengisian-pengisian pelbagai informasi kepada pelajar baharu sebaik sahaja mendaftar sebagai pelajar disini. Ia juga berfungsi memberi memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang kehidupan dan budaya pembelajaran disamping mempersiapkan diri dengan perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran yang sangat berbeza dari alam persekolahan.
Harapan saya dan semua warga PMS agar pelajar baharu yang diraikan di Minggu Trasformasi Siswa ini akan sentiasa dilimpahi rahmatNYa dan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang dipilih.
Sekian ,terima kasih.
No comments:
Post a Comment