Tuesday, August 16, 2022

TAKLIMAT FELO KAMSIS

 

Isnin (15.08.2022) - Malam ini bermulalah program Minggu Suai Kenal bagi pelajar baharu Sesi 1 2022/2023. Slot pertama malam ini adalah taklimat Felo Kamsis yang disampaikan oleh Ustaz Ramli yang akan menerangkan peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh pelajar baharu semasa berada di Kamsis bertempat di Pusat Islam PMS selepas solat fardu Isya. Semoga pelajar baharu dapat memberi perhatian terhadap taklimat yang sampaikan oleh beliau.



Friday, March 4, 2022

MAJLIS PENUTUP MINGGU SUAI KENAL

 

4 Mac 2022 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suai Kenal Sesi II 2021/2022 secara dalam talian. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias Bin Mohd Yusof. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Akademik, Dr Haji Zulkfli Bin Md Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Rafie Bin Hamzah, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit yang dibuat secara atas talian. Terima kasih diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Pelajar dan Fasilitator kerana telah berjaya menguruskan Program Minggu Suai Kenal pada sesi ini. Dikesempatan ini warga PMS ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar baharu Sesi II 2021/2022.



Wednesday, September 1, 2021

SESI 1 2021:2022

 

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya, kita dapat meraikan Majlis MingguTransformasi Siswa pelajar baharu Politeknik Muadzam Shah Sesi 1 2021:2022. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kerana telah terpilih untuk menjadi pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS) dalam lima (5) jabatan induk dan selamat menimba ilmu pengetahuan serta semoga berjaya membentuk keperibadian diri untuk menghadapi cabaran sebagai pelajar di politeknik ini seterusnya menjadi insan yang berjaya kelak.

Masa berlalu begitu pantas dan kini PMS terus berusaha melahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Bukan sedikit tenaga yang dicurahkan oleh para akademia untuk melahirkan modal insan berkualiti, berdaya saing dan mempunyai nilai tambah yang tinggi agar boleh menyumbang kepada pembangunan negara serta keperluan pasaran kerja semasa.

Program Minggu Transformasi Siswa yang sedang dilalui secara atas talian merupakan satu norma baharu kepada para pelajar sekelian. Ini adalah selaras dengan kehendak KPT menerusi fasa 2 Pelan Pemulihan Negara yang mana kampus tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

PMS juga berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pengisian-pengisian pelbagai informasi kepada pelajar baharu sebaik sahaja mendaftar sebagai pelajar disini. Ia juga berfungsi memberi memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang kehidupan dan budaya pembelajaran disamping mempersiapkan diri dengan perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran yang sangat berbeza dari alam persekolahan.

Harapan saya dan semua warga PMS agar pelajar baharu yang diraikan di Minggu Trasformasi Siswa ini akan sentiasa dilimpahi rahmatNYa dan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang dipilih.

Sekian ,terima kasih.

MINGGU SUAI KENAL SESI 2 2022/2023